


Jaringan Rawang Tolak Insinerator
2023年8月14日
Jaringan Rawang Tolak Insinerator (RTI) bertujuan untuk mengumpul sebanyak 10,000 tandatangan persetujuan penduduk

Jaringan Rawang Tolak Insinerator (RTI) bertujuan untuk mengumpul sebanyak 10,000 tandatangan persetujuan penduduk dalam bulan ini sebagai tindakan membantah rancangan kerajaan negeri Selangor untuk membina loji pembakaran sampah di Rawang.
Koordinator RTI, Liow Yeong Lih, menyatakan bahawa walaupun mengumpul 10,000 tandatangan dalam tempoh yang singkat adalah sesuatu yang mencabar, tetapi jawatankuasa mereka akan memberikan komitmen penuh untuk mencapai matlamat tersebut.
"Ini bertujuan untuk menunjukkan azam pembantahan penduduk Rawang dan memberitahu pihak berkuasa bahawa rakyat membantah keras terhadap projek tersebut. Kami merancang untuk mengadakan aktiviti kesedaran alam sekitar atau ceramah di kawasan perumahan berdekatan dengan tapak pembinaan loji pembakaran."
Beliau berharap melalui aktiviti kesedaran alam sekitar atau ceramah, maklumat mengenai prinsip pengurusan sampah yang paling penting iaitu pengkelasan sampah dapat disampaikan kepada penduduk, sementara itu, pengumpulan tandatangan akan diadakan bersama-sama.
Liow Yeong Lih membuat kenyataan ini semasa menghadiri seminar membantah projek loji pembakaran sampah yang diadakan di Batu Arang semalam. Seminar tersebut juga mengundang pengarah media Jawatankuasa Kuala Lumpur Tak Nak Inisinerator, Lam Choong Wah, dan ahli jawatankuasa bertindak pro tem Broga-Semenyih No Incinerator, Wong Yuen Mei, untuk berkongsi pengalaman mereka.
Seminar tersebut telah menarik lebih kurang 50 penduduk tempatan yang hadir, dan penduduk yang lalu turut memberikan sambutan positif dengan menandatangani petisyen.
Wong Yuen Mei berkata dalam ceramah, pihak berkuasa merancang untuk membina loji pembakaran sampah mega di Puchong Selangor pada mulanya, tetapi projek tersebut dipindah ke Broga-Semenyih selepas pembantahan penduduk Puchong.
"Waktu itu, penduduk Broga-Semenyih membantah dengan tegas pada rancangan ini, mereka menubuhkan jawatankuasa secara sukarela, giat mengadakan pelbagai aktiviti untuk menjelaskan kebahayaan loji pembakaran sampah kepada penduduk, dan menyuarakan pembantahan tanpa bertolak ansur secara berterusan."
Beliau memberikan contoh bahawa penduduk Broga-Semenyih telah menggunakan pelbagai kaedah, termasuk tindakan undang-undang, mendapatkan sokongan daripada organisasi antarabangsa, dan antara yang paling penting, suara pembantahan secara berterusan.
Selain itu, Lam Choong Wah memuji Batu Arang merupakan sebuah kampung kecil yang indah dan bersejarah, ianya patut dilindungi daripada kerosakan dan bukannya dijadikan sebagai desa yang dipenuhi dengan sampah.
Lam Choong Wah juga menyatakan keraguan terhadap tuntutan pihak berkuasa bahawa loji pembakaran sampah mega menjana sumber tenaga hijau. Beliau menyatakan bahawa sedangkan pihak antarabangsa berusaha untuk mengatasi perubahan iklim, terutamanya mengurangkan pelepasan karbon, loji pembakaran sampah mega ini akan menghasil dan membebas jumlah karbon dioksida yang besar.
"Projek tersebut tidak mengurangkan pelepasan karbon sebaliknya meningkatkan pelepasan karbon. Tindakan ini merosakkan komitmen negara kita di peringkat antarabangsa dalam menangani perubahan iklim."
Beliau menekankan sementara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan organisasi-organisasi dibawahnya tidak mengelaskan loji pembakaran yang melepaskan jumlah besar karbon dioksida sebagai sumber tenaga hijau, maka kerajaan negeri Selangor tidak sepatutnya mendakwa loji pembakaran sampah merupakan sumber tenaga hijau.
Oleh itu, beliau meminta kerajaan negeri Selangor untuk mendedahkan anggaran jumlah pelepasan karbon tahunan untuk loji pembakaran sampah Rawang yang dirancangkan, dan jangan cuba mengelak atau menyembunyikan fakta.
Nama penuh loji pembakaran sampah Rawang yang dirancang ini adalah "Loji Sisa Ke Tenaga Sultan Idris Shah Green Energy Plant".
Sesiapa yang berminat untuk menandatangani petisyen, sila lawat: https://forms.gle/k7EPqniU1Eaz5d6z9
Penduduk Rawang dijemput untuk menyertai jawatankuasa ini supaya bekerjasama dalam pengumpulan tandatangan pembantahan. Penduduk yang berminat sila menghubungi RTI melalui WhatsApp di +60 11-2351 4588.