


Jaringan Rawang Tolak Insinerator
2023年8月19日
Penduduk bantah pembinaan insinerator di Rawang

Loji Sisa ke Tenaga Sultan Idris Shah Green Energy Plant (SIS) adalah salah satu projek loji sisa ke tenaga dibangunkan oleh Kerajaan negeri Selangor di Mukim Rawang. Pihak pelaksana loji SIS ialah KDEB dan YTL Power International Berhad. Dalam rancangan, loji SIS boleh membakar 2400 tan sisa-sisa pepejal sehari dan pihak berkuasa ada cadangan pembesaran loji tersebut dalam jangka masa panjang.
Loji sisa ke tenaga adalah peningkatan keupayaan loji insinerator tradisional dengan menambahkan keupayaan penjanaan tenaga elektrik. Walaupun nama berubah, tetapi loji sisa ke tenaga dan loji insinerator kongsi cici-ciri sama iaitu menggunakan pembakaran melupuskan sisa-sisa pepejal.
Sisa-sisa pepejal akan dilupuskan dalam proses pembakaran dan tertinggal dengan abu-abu terbang (fly ash) dan bawahan (bottom ash), tenaga haba serta gas-gas toksik.
Pihak perunding Aurecon yang melaksanakan kajian impak persekitaran dan sosial untuk pihak KDEB dan YTL telah menggariskan jangkaan impak social dan persekitaran selepas loji SIS beroperasi walaupun mitigasi akan diambil. Dari segi impak sosial, loji tersebut dijangka mengakibatkan kacau gangguan trafik/lori sampah, (Aesthetic Intrusion), nilai tanah, air larut lesap dan bau busuk. Dari segi persekitaran, pelepasan bahan pencemaran dan bau busuk ke udara, potensi pencemaran air, pencemaran bunyi dan kegegaran dijangkakan.[1]
Atas kebimbangan pencemaran dan kacau gangguan yang jangka dibawa oleh loji tersebut, Jaringan Rawang Tolak Insinerator (RTI) ditubuh pada Ogos 2023 demi menyuarakan suara bantahan kepada pihak berkuasa.
Anggota-anggota RTI terdiri daripada penduduk-penduduk berhampiran dengan tapak cadangan seperti Batu Arang, M Residence, Kota Puteri, Bandar Tasik Puteri dan sebagainya. RTI mengambil pendirian membantah pembangunan loji SIS berasaskan faktor-faktor persekitaran dan pengurusan sisa-sia pepejal.
Pertama, laporan agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menyatakan pada tahun 2013 loji insinerator Reststoffen Energie Centrale di Belanda yang dilengkapi dengan teknologi kawalan pelepasan udara tercanggih ditemui melepaskan Dioxin yang melebihi piawaian 0.01 ng TEQ/Nm3.[2] Ini menunjukkan teknologi penapisan tercanggih tidak mampu memberi jaminan keselamatan sepenuhnya. Untuk makluman awam, Dioxin adalah agen penyebab sakit barah.
Kedua, pemantauan dan penguatkuasaan lemah Jabatan Alam Sekitar tidak menjamin keselamatan dan kesihatan penduduk-penduduk. Ini dibukti dalam Laporan Ketua Audit Negara mencatatkan bahawa pelepasan gas-gas Karbon Monoksida dan Oksida sulfur daripada insinerator Pulau Tioman yang juga dilengkapi dengan sistem penapisan udara canggih telah melepasi had yang ditetapkan sekurang-sekurang 14.7 kali ganda.[3] Ketua Audit Negara memberi amaran bahawa “kesan pelepasan gas merbahaya secara berterusan berisiko menyebabkan pencemaran udara berlaku di kawasan sekitar.”[4]
Ketiga, berbanding dengan pengurangan dan guna semula sisa-sisa di punca, loji sisa ke tenaga akan menghasilkan tahap tinggi Green House Gas seperti dicatatkan dalam laporan agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.[5] Ini akan menambahkan Karbon Footprint Malaysia.
Keempat, loji sisa ke tenaga memerlukan kewajipan bekalan sisa-sisa berterusan demi mencapai operasi stabil. Laporan agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menegur perkara ini adalah insentif negatif besar kepada usaha pengurangan penghasilan sisa-sisa.[6]
Kelima, pihak pelaksana mendakwa kelebihan loji SIS ialah mampu menjana 58 MW tenaga elektrik melalui pembakaran sisa-sisa.[7] Tetapi Laporan agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu merumuskan kecekapan penjanaan tenaga elektrik melalui proses pembakaran adalah terhad kerana kewujudan asid flue gas.[8] Malah loji sisa ke tenaga akan menjana tenaga haba berlebihan yang hanya boleh dilepaskan kepada atmosfera.
Keenam, Laporan agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mencadangkan dari segi perspektif penggunaan sumber, pihak berkuasa sepatutnya ambil usaha mengurangkan penghasilan sisa-sisa dan mempromosi kitar semula dan guna semula sebanyak mungkin. Sebarang Pembangunan Loji sisa ke tenaga pembakaran patut mengambil kira hierarki pengurusan sisa dan dasar-dasar 3R.[9]
Ketujuh, mengikut Rancangan Kawasan Khas Bandar Batu Arang 2030, Bandar Batu Arang perlu ditonjolkan sebagai Bandar Warisan dengan peningkatan jumlah daftar bangunan warisan kebangsaan dan pengiktirafan sebagai taman tema geologi pada masa hadapan. Batu Arang juga dikenal pasti sebagai kawasan tarikan pelancongan utama dari segi warisan perlombongan arang batu dan meningkatkan peluang ekonomi masyarakat setempat. Pendek kata, pembangunan loji tersebut tidak selaras dengan objektif rancangan malah akan merosakkan usaha menjadi Batu Arang sebagai bandar warisan.
Dengan mengambil maklum rumusan dan teguran dalam laporan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, RTI berpendirian loji sisa ke tenaga atau insinerator bukanlah cara pengurusan sisa-sisa terbaik berbanding dengan kitar semula dan guna semula dengan mengguna pakai teknologi digital dan lestari.
RTI menyeru Kerajaan Negeri Selangor menggubal dan menguatkuasa enakmen pemisahan sisa-sisa di punca mengikut kehendakan prinsip hierarki pengurusan sisa demi meningkatkan usaha pengurangan dan kitar semula sisa-sisa.
RTI juga minta mengadakan dialog bersama Menteri Besar Selangor untuk membincang isu meruncing ini.
[1] Cadangan Pembangunan Loji Sisa Ke Tenaga Sultan Idris Shah (SIS) Green Energy Plant Di Atas Lot 3847 Mukim Rawang, Selangor Darul Ehsan: Focus Group Discussion with Gabungan Anti-Insinerator Kebangsaan (GAIK), Aurecon Lestari Sdn. Bhd, 25 July 2023, pp. 19-20.
[2] Waste to Energy: Considerations for Informed Decision Making, United Nations Environment Programme, 2019, p. 33.
[3] Laporan Ketua Audit Negara 2019 Siri 1: Aktiviti Kementerian/Jabatan Kerajaan Persekutuan dan Badan-badan Berkanun Persekutuan, Jabatan Audit Negara, 2020, p. 8-19.
[4] Ibid.
[5] Chen Liu, Toru Nishiyam, Katsuya Kawamoto and So Sasaki, CCET guideline series on intermediate municipal solid waste treatment technologies: Waste-to-Energy Incineration, United Nations Environment Programme, 2020, p. 3.
[6] Ibid.
[7] Cadangan Pembangunan Loji Sisa Ke Tenaga Sultan Idris Shah (SIS) Green Energy Plant Di Atas Lot 3847 Mukim Rawang, Selangor Darul Ehsan: Focus Group Discussion with Gabungan Anti-Insinerator Kebangsaan (GAIK), p. 15.
[8] Chen Liu, Toru Nishiyam, Katsuya Kawamoto and So Sasaki, CCET guideline series on intermediate municipal solid waste treatment technologies: Waste-to-Energy Incineration, p.3.
[9] Ibid.
Caption: Ahli RTI berkumpul and mengadakan perbincangan mengenai pembantahan projek insinerator Rawang.
https://drive.google.com/file/d/1izwuGu9U4f54IrZpkvVAW1dmfJFRhPiI/view?usp=drive_link
https://drive.google.com/file/d/16s-s_3xIMaL9tcXNYfFgrLBBIvVADHLV/view?usp=drive_link
https://drive.google.com/file/d/182xv9dsVj9qFHshiNiPhkMeP8QomB1UG/view?usp=drive_link