


Jaringan Rawang Tolak Insinerator
Aug 2, 2023
Penduduk tempatan berkongsi kebimbangan mengenai insinerator sisa di kawasan perumahan

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari hari ini menjelaskan bahawa beliau akan mendengar dan meneliti laporan ke atas pembinaan tapak insinerator yang akan terletak di Batu Arang, Selangor, sebelum mengeluarkan sebarang keputusan.
"Saya sedang aturkan [satu] hari supaya loji ini diberikan laporan dulu, dengan laporan baru kita boleh buat keputusan," kenyataan dari Amirudin setelah mendengar luahan rayuan dari pihak penduduk dalam sesi dialog ringkas di Bandar Seri Coalfields.
Sesi dialog tersebut telah diadakan setelah Amirudin berjumpa dengan ahli Persatuan Harapan Indian Malaysia dan berikrar untuk berusaha menambahbaik kemudahan-kemudahan di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Coalfields.
Peduduk setempat, Esther Woo (43), suri rumah, merayu agar Amirudin dapat membatalkan kerja-kerja pembinaan tapak insinerator tersebut yang dimana lokasinya adalah dikelilingi sekolah atau yang berdekatannya adalah Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tasik Puteri.
"Demi anak-anak muda kita, mereka akan sedut asap beracun Isnin hingga Jumaat, dalam masa yang panjang, saya harap YB akan membatalkan loji pelupusan sampah di Batu Arang,” Ujar Woo, yang juga seorang bekas guru yang mempunyai dua orang anak dalam keadaan yang sebak dan berharap.
Beberapa penduduk setempat juga kelihatan memegang dan menonjolkan sepanduk yang bertulis “Batu Arang tolak tapak insinerator”sambil menghadap Amirudin.
Menurut laporan, Kerajaan Selangor telah meluluskan tapak insinerator tersebut dibina di Lot 3847 Mukim Rawang, Daerah Gombak, Selangor, iaitu jarak 500meter dari Batu Arang, 1.4KM dari Bandar Puteri dan 1.3KM dari Bandar Tasik Puteri.