


Jaringan Rawang Tolak Insinerator
Aug 21, 2023
Batu Arang sebagai sebahagian daripada Geopark Negara, ciri geologinya yang rapuh tidak sesuai untuk pembangunan yang pesat, termasuk membina bangunan yang besar.

Bantahan orang awam terhadap cadangan Loji Sisa Tenaga Sultan Idris Shah Green Energy Plant (SIS) semakin meningkat. Ahli parlimen Selayang, William Leong Jee Keen turut cadang balas agar projek itu menukar lokasi projek tersebut untuk menghampiri kediaman Menteri Besar Selangor Amirudin Shari serta di Putrajaya.
Beliau berkata, memandangkan tapak pelupusan sampah tradisional akan tidak dapat menampung pengeluaran sisa yang semakin bertambah, Kerajaan negeri Selangor memutuskan untuk membina insinerator mega dan mendakwa ia dilengkapi dengan teknologi terkini, akan tetepi, projek tersebut tidak patut dibina berhampiran kawasan perumahan.
“Saya hendak memberikan pendapat saya, bukan saya tidak mahu membangunkan insinerator, tetapi ianya mesti dibina di lokasi yang bebas daripada orang awam, perumahan dan perindustrian”.
"Apabila kita kata kita tak nak insinerator, mereka akan kata bagi kita cuba di sini. Saya, YB Chua [Chua Wei Kiat, ADUN Rawang] dengan yang lain juga berkata, cuba di tempat lain, cuba di kediaman Menteri Besar, satu di Putrajaya, satu di Shah Alam”.
Leong membuat kenyataan itu ketika menghadiri taklimat SIS untuk masyarakat India di Batu Arang semalam. Chua Wei Kiat, Timbalan Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM) S. Arutchelvan, penyelaras JRTI Liow Yeong Lih, Wong Yuen Mei, ahli jawatankuasa pro tem Broga/Semenyih No Insinerator, dan Lam Choong Wah, pengarah media Jawatankuasa Kuala Lumpur Tak Nak Insinerator, turut hadir dalam taklimat tersebut.
Chua dan Leong berkongsi pandangan yang sama. Beliau mengkritik bahawa walaupun insinerator di Cameron Highlands dan Langkawi terbukti sebagai projek yang gagal, tetapi kerajaan masih beryakin dan menjamin kejayaan apabila ingin melancarkan projek incinerator yang baru.
Chua berkata kerajaan menekankan bahawa insinerator tersebut merupakan loji berteknologi tinggi yang boleh menukar sisa kepada tenaga, namum, beliau tidak bersetuju lokasi incinerator dengan kawasan perumahan.
Pada masa yang sama, Arul menyeru penduduk Batu Arang bersatu dan berjuang bersama-sama menentang projek ini bagi menghentikan sampah dari seluruh Selangor dibuang di sini.
Arul juga meminta penduduk mengamalkan 3R- Reduce, Reuse, Recycle- untuk membuktikan Batu Arang tidak perlu projek SIS.
Sementara itu, Wong, berkongsi dengan penduduk setempat mengenai hasil penemuan penyelidikannya yang terdiri daripada dua perkara penting:
1) Kira-kira 600 m dari tapak cadangan, terdapat penempatan 350 keluarga India. Penempatan itu bermula pada zaman penjajah British apabila syarikat perlombongan arang batu membawa masuk 11 keluarga India untuk bekerja di lombong arang batu.
2) Batu Arang yang merangkumi tapak cadangan, Lot 3847 merupakan salah satu daripada dua puluh geopark, Gombak- Hulu Langat Geopark (GHL), dan ia kemudian diiktiraf sebagai Geopark Negara oleh Kementerian Tenaga dan Sumber Asli pada Disember 2022. Jawatankuasa penilaian telah menjalankan kajian yang memastikan Batu Arang mempunyai ciri geologi yang rapuh, dan ia tidak sesuai untuk pembangunan yang pesat, termasuk membina bangunan yang besar.
Kapsyen 1: (Keempat dari kanan, depan) Chua Wei Kiat, William Leong, Liow Yeong Lih, S. Arutchelvan, dan Wong Yuen Mei berada di Batu Arang untuk memberi taklimat kepada masyarakat India tempatan tentang cadangan Loji Sisa Tenaga Sultan Idris Shah Green Energy Plant.
https://drive.google.com/file/d/12BsVKJbYtg5blEN-pO2z7qpXGcL0rK20/view?usp=drive_link
Kapsyen 2: William Leong Jee Keen mencadangkan agar projek itu berpindah ke tepi kediaman Menteri Besar Selangor Amirudin Shari dan Putrajaya.
https://drive.google.com/file/d/1uXVlBWVlId_hDWiZgfcB-AKtMrW5RcKl/view?usp=drive_link
Kapsyen 3: Chua Wei Kiat smenyatakan bahawa setiap kali kerajaan ingin memulakan projek baharu, mereka sentiasa mendakwa ia akan berjaya.
https://drive.google.com/file/d/1jBMShKN-XsaCs7UU6bl0Gw009gP5cIP9/view?usp=drive_link
Kapsyen 4: Wong Yuen Mei mangatakan Batu Arang sebagai sebahagian daripada Geopark Negara, ciri geologinya yang rapuh tidak sesuai untuk pembangunan yang pesat, termasuk membina bangunan yang besar.
https://drive.google.com/file/d/1EJXavREXPD4GVSLxJl5P8kyx8227cF1s/view?usp=drive_link
Kapsyen 5: Kira-kira 600 m dari tapak cadangan, terdapat penempatan 350 keluarga India, dimana penempatan itu bermula pada zaman penjajah British.
https://drive.google.com/file/d/18Jso9MgExGv7Z4FshSmxAKHc-0ompdrm/view?usp=drive_link
Kapsyen 6: Tapak cadangan pembinaan Lot 3847
https://drive.google.com/file/d/17WWiafMdOyiq9FhJ9DN_K9fZP2XoRMXk/view?usp=drive_link
Kapsyen 7: Batu Arang sebagai sebahagian daripada Geopark Negara, ciri geologinya yang rapuh tidak sesuai untuk pembangunan yang pesat, termasuk membina bangunan yang besar.
https://drive.google.com/file/d/1MIKztkdvXwZyhGVD-9AAw0tYrmogr8a4/view?usp=drive_link
Kapsyen 8: Batu Arang sebagai sebahagian daripada Geopark Negara, ciri geologinya yang rapuh tidak sesuai untuk pembangunan yang pesat, termasuk membina bangunan yang besar.
https://drive.google.com/file/d/18GpwLQaHR8NAnyW8a3FCGBkYQIt2f1d8/view?usp=drive_link